|
 Kelab Fotografi Kenyalang Secara amnya bertujuan mengumpulkan peminat seni fotografi di seluruh Sarawak. Matlamat asas kami adalah untuk memperkembangkan dunia fotografi di Sarawak terutama sekali kepada golongan bumiputera di Sarawak.
Selain itu, Kelab Fotografi Kenyalang juga ingin memperkenalkan dan sekaligus mempromosi industri pelancongan di Sarawak yang terkenal dengan keindahannya. |
|
Kelab Fotografi Kenyalang (KFK) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Disember 2007 dan bedaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor siri pendaftaran (2398-07-SWK). Kelab Fotografi Kenyalang yang berpusat di Kuching yang bukan sahaja mempunyai ahli dari bahagian Kuching tetapi juga dari seluruh Sarawak seperti dari bahagian Bintulu, Miri ,Sibu Sri Aman.
Keahlian Kelab Fotografi Kenyalang ini telah memiliki lebih dari 80 ahli yang terdiri dari peminat seni fotografi yang berlapisan bangsa dan tahap kemahiran fotografi yang pelbagai. Kelab Fotografi Kenyalang menjemput semua peminat fotogarfi yang bertapak di Sarawak untuk menyertai kami dan memeriahkan lagi aktiviti yang kami anjurkan. |
|
Walupun Kelab Fotografi Kenyalang adalah sebuah persatuan yang baru sahaja ditubuhkan,Kami telah menjalankan beberapa aktiviti rasmi dan tidak rasmi KFK (Kelab Fotografi Kenyalang) seperti Seminar dan Kelas,Program perkongsian ilmu dan juga sesi riadah bersama ahli KFK. Selain dari itu, kami turun mengadakan sesi perkongsian ilmu melalui maya menerusi forum kami. Melalui forum, ahli KFK yang berada di luar kawasan akan dapat berkongsi maklumat kepada ahli-ahli KFK yang bersama-sama melayari forum kami. Jadi, Tunggu apa lagi. Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada keluarga KFK sekarang. |
|
|
|
|
|
|