| Sepatah Dua dari Pengerusi |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 22 October 2008 10:21 |
Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinanNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam Laman Web Kelab Fotografi Kenyalang (KFK). Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada semua yang diamanahkan kerana berjaya mempertingkatkan usaha ke arah perkongsian maklumat dikalangan ahli-ahli kelab.
Ini merupakan permulaan ke arah untuk mempertingkatkan usaha perkongsian dan penyebaran maklumat kepada semua ahli-ahli KFK secara sukarela. Saya percaya semua perancangan yang dibuat akan dapat direalisasikan jika semua pihak berganding bahu dan bersemangat dalam mencapai wawasan KFK untuk menjadikan ahli-ahli kelab yang berdaya saing, berkualiti, berwawasan, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa.
Semenjak penubuhan KFK, banyak kejayaan yang telah dicapai dan ianya amatlah memberansangkan dimana menerusi aktiviti kemajuan diri, bengkel, seminar dan kursus yang dianjurkan, ahli-ahli kelab berpeluang untuk meningkatkan ilmu kemahiran disamping meningkatkan ketrampilan diri.
Dengan bilangan ahli KFK yang semakin meningkat, aktiviti-aktiviti yang dirancang amat memerlukan kerjasama semua di dalam memastikan ianya berjaya. Saya juga berharap ahli-ahli akan terus memberikan cadangan dan pandangan untuk memastikan kelab ini terus bergerak dengan jayanya.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua ahli KFK bahawa di dalam era globalisasi, adalah wajar untuk ahli-ahli kelab memainkan peranan masing-masing serta mempunyai fikiran yang positif untuk mengatasi sesuatu masalah atau cabaran. Justeru itu kita mestilah mengamalkan sikap toleransi serta berhemah- tinggi dan ikhlas antara satu sama lain agar keharmonian dalam kelab berterusan dan seterusnya dapat menyumbang ke arah kemajuan seni fotografi tempatan.
Sekian.
Enddy Bin Mataha, Pengerusi Kelab. |
| Last Updated ( Wednesday, 22 October 2008 13:35 ) |